Super Mokh pernah jadi penjaring terbanyak sepanjang zaman

0
1

DI sebalik tumpuan kepada Cristiano Ronaldo yang berjaya menyamai rekod Ali Daei sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 109 gol, Malaysia juga harus berbangga kerana rekod itu pernah dipegang Allayarham Datuk Mokhtar Dahari suatu ketika dahulu.

Memetik laporan Berita Harian, legenda bola sepak negara yang lebih dikenali sebagai ‘Super Mokh’ meledak 89 gol dalam 142 penampilan bersama skuad kebangsaan, memintas pencapaian legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas yang menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan.

Jaringan itu dilakar sepanjang kariernya sehingga 1991, tahun beliau menghembuskan nafas terakhir pada 11 Julai.

Rekod itu dipintas oleh Daei yang memulakan koleksi 109 golnya pada 1993.

Bagaimanapun, dua gol daripada Ronaldo dalam perlawanan menentang Perancis dalam aksi Euro 2020 menyaksikan dia turut meledak 109 gol, sekali gus terikat dengan Daei bagi gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Dia kini hanya memerlukan satu lagi gol untuk bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman dan ia mungkin boleh dicapai kerana masih lagi aktif bermain.

Senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman:

  1. Ali Daei (Iran), Cristiano Ronaldo (Portugal) 109 gol
  2. Mokhtar Dahari (Malaysia) 89 gol
  3. Ferenc Puskas (Hungary) 84 gol
  4. Godfrey Chitalu (Zambia) 79 gol
  5. Hussein Saeed (Iraq) 78 gol
  6. Pele (Brazil) 77 gol
  7. Ali Mabkhout (Emiriah Arab Bersatu) 76 gol
  8. Sandor Kocsis (Hungary) 75 gol

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here