Ramai rela masuk penjara bukti kewangan meruncing, hidup tertekan – peguam

0
2

RAMAI tertuduh di mahkamah kini memilih untuk tidak membayar denda, sebaliknya rela menjalani hukuman pemenjaraan dan bergelar banduan. 

Perkara itu didedahkan peguam kanan, Muhammad Hasif Hasan sekali gus indikator menunjukkan kedudukan kewangan tertuduh meruncing serta rakyat semakin tertekan. 

Beliau turut memaklumkan begitu juga tertuduh lebih rela ditahan reman sementara menunggu perbicaraan daripada dijamin keluar. 

“Semua jaminan dan denda adalah melibatkan wang ringgit. 

“Mungkin indikator yang menunjukkan ramai rakyat semakin tertekan apabila kejadian bunuh diri dan kemurungan semakin meningkat,” katanya menerusi perkongsian di Facebooknya hari ini. 

Beliau memberitahu terbaca satu kisah dilaporkan di media sosial di mana seorang pemuda lebih rela ditahan di penjara kerana boleh mendapat makanan dan tempat tinggal. 

Katanya lagi, walaupun tidak selesa tetapi cukup untuk tidur dan makan seharian. 

“Kos sebanyak RM41 sehari diperlukan bagi menyara seorang banduan di penjara di Malaysia. 

“Mungkin jika berada di luar belum tentu seseorang mampu memperoleh jumlah tersebut,” katanya. 

Bagaimanapun beliau bergaral janganlah ada pula golongan yang lebih rela ditahan di penjara demi kelangsungan hidup. 

“Tiada yang mustahil dalam keadaan rakyat yang semakin tertekan sekarang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here