Jangan kongsi gambar, video bunuh diri!

0
1
kesihatan mental

BUNUH diri adalah sesuatu perbuatan yang boleh ‘berjangkit’ dan masyarakat diminta tidak berkongsi atau menularkan video dan gambar mengenai kejadian itu. 

Pakar psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria berkata satu kes bunuh diri boleh mencetuskan kes bunuh diri yang lain dan ia perlu dicegah melalui tindakan menghentikan penyebaran mengenai perbuatan itu. 

“Suicide is contagion. Maknanya, satu kes boleh mencetus kes lain. 

“Tidak semua orang yang ada keinginan akan ada idea atau plan (rancangan) untuk buat. Jadi kita tidak mahu kitaran itu ‘progress’ (merebak) dengan sebab ‘trigger’ (dicetuskan dengan kes lain). 

“Tolong buat laporan, padam dan jangan kongsi,” tegasnya dalam satu ciapan di Twitter. 

Kebelakangan ini banyak kes bunuh diri dilapor dikaitkan dengan tekanan dihadapi susulan pandemik Covid-19 dan lebih malang ada rakaman video dan gambar berhubung kes berkenaan dimuat naik di media sosial yang kemudiannya tular. 

Terbaharu, tular di media sosial sejak semalam video menunjukkan seorang lelaki yang dipercayai kemurungan selepas gagal dalam perniagaan, terjun dari tingkat 10 Pangsapuri Seri Melur, Jalan Bagan Ajam, Pulau Pinang. – Malaysiapost

Foto Kredit: Deposit Photos

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here