PDRM siasat dakwaan pelanggaran SOP di Pulapol KL

0
1
Polis Di Raja Malaysia

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas jika terbukti berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur. 

Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Zaini Jass berkata pihaknya telah mengesan dakwaan berlaku ketidakpatuhan SOP Covid-19 ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) di pusat latihan terbabit. 

Katanya, dakwaan itu tersebar melalui platform media sosial yang turut mengandungi beberapa tohmahan terhadap pihak pengurusan Pulapol Kuala Lumpur. 

“Jabatan Pengurusan Bukit Aman memandang serius dakwaan serta tohmahan tersebut,” katanya menerusi kenyataan. 

Terdahulu tular kenyataan terbuka kepada Perdana Menteri, Menteru Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara dimuatnaik dalam hantaran Facebook individu bernama Ramli Yusof hari ini. 

Menerusi hantaran itu, pengguna akaun Facebook tersebut turut berkongsi beberapa gambar didakwa pelatih di pusat latihan berkenaan yang tidak mematuhi SOP. 

Hantaran turut membuat beberapa tohmahan terhadap komandan Pulapol Kuala Lumpur. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here