Kedai disaman lagi, Lan Solo minta pihak buat aduan bersemuka

0
1

PENYANYI Lan Solo menzahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak yang sering membuat aduan berkaitan kedainya, Pasar Mini Solo Borneo Mart di Puchong, Selangor.

Pemilik nama sebenar Mohd Razlan Mohamed Yusof itu berkata pengadu membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MPSJ) bahawa aktiviti pemunggahan barang daripada lori ke kedainya telah menghalang laluan sehingga dia dikenakan tindakan saman.

“Puas hati kau wahai pengadu. Time aku loading barang kontena time tu la ada orang complain. Time itu jugalah MBSJ terus datang buat kerja.

“Allahuakbar… katanya aduan ‘mengganggu lalu lintas’! Kat mana yang aku ganggu lalu lintas? Pagi buta sesak tang mana?,” katanya dalam video yang dimuat naik di Instagram.

Penyanyi berusia 35 tahun itu menjelaskan, aduan sedemikian bukan pertama kali dihadapinya dan dia percaya ia dibuat mereka yang berada berdekatan kedainya.

“Orang yang complain tu pun orang sekeliling ni jer. Aku pun tak tau nak cakap apa. Apa masalah kau sebenarnya?

“Tak susah kalau kau nak cari aku… musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ni aku tak ada show. Aku ada kat kedai. Datang sini bagitahu apa yang kau tak puas hati sampai nak kacau tempat aku cari rezeki,” tegasnya.

Sebelum ini, isterinya, Sheila Razlan pernah meluahkan rasa kecewa apabila kedai mereka sering diserbu penguatkuasa biarpun mempunyai lesen sah dan mendapat status A dalam soal kebersihan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here