KECOH di media sosial baru-baru ini kononnya seorang pemuda yang juga pengasas produk kosmetik mengagihkan bungkusan kepada pemandu yang melalui pemeriksaan sekatan jalan raya (SJR).
Kejadian dikatakan berlaku di Pulau Pinang itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen yang mempersoalkan keberadaan Iddin Syah seperti mengganggu petugas SJR menjalankan tugas.

Pada masa sama, netizen itu juga bertanya bagaimana pengasas produk kosmetik itu mendapat kebenaran untuk berada di SJR mengagihkan barangan dikatakan vitamin terbaharu keluaran syarikatnya.
Bagi mengelakkan kekeliruan, Iddin Syah tampil memberi penjelasan mengenai kehadirannya yang dikatakan mengganggu petugas SJR.
Menurut instafamous itu, video asal yang dimuat naik di Instagram miliknya telahpun dipadam pada Jumaat lalu atas sebab tertentu.
Bagaimanapun, terdapat pihak yang telah memuat naik kembali di Twitter yang mana video asal sudah diedit.
“Paling mengejutkan ada banyak komen pertikai pihak berkuasa membenarkan keberadaan saya di SJR Bertam Kepala Batas.
“Sampi ada pengguna Twitter tag Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mendapatkan perhatian beliau atas tindakan saya.
“Sebenarnya, sebelum aktiviti itu dibuat saya terlebih dahulu medapatkan kebenaran polis dan beritahu niat nak sumbang 1,000 unit vitamin kepada orang yang lalu di SJR Bertam. Takkanlah saya berani buat tanpa kebenaran kan?” kata beliau.
Tambahnya, beliau berasa bertanggungjawab membantu barisan hadapan dan dengan cara menyumbangkan sedikit bantuan boleh memberi sedikit penghargaan kepada mereka.
“Ok 1st of all, pihak yang paling saya concern adalah frontliners yang bertugas. Bayangkan berjam-jam kerja di SJR, berteduh bawah khemah, walaupun mereka kuat semangat, tapi saya ada cara sendiri nak ucap terima kasih dengan menyumbangkan vitamin untuk pastikan kekal bertenaga dan hidrasi.
“Tindakan itu sebagai satu awareness kepada orang ramai pentingnya pengambilan vitamin lagi-lagi sekarang ini kadar jangkitan Covid-19 tinggi.
“Ini macam ‘small gesture’ saya sebagai anak muda juga warga yang prihatin. Sama dengan orang lain yang bagi sumbangan makanan di hospital, pusat kuarantin, cuma cara saya beza sikit, guna produk sendiri.
“Lagipun, saya ada kat sana pun tak lama. Sekejap saja. Harap semua faham situasi saya ya. Saya harap penjelasan ini dapat hentikan spekulasi yang tular, stay safe everyone,” ujarnya.
Penjelasan Iddin Syah itu merungkai persoalan yang berlegar di media sosial.dan rata-rata netizen bersetuju dengan tindakannya yang berusaha memberi sumbangan kepada petugas barisan hadapan.
Namun begitu, ada juga netizen berkata perkara tersebut jika tidak dipandang serius akan menjadi trend pengasas produk yang lain melakukan perkara sama seperti mempergunakan petugas SJR untuk kepentingan promosi mereka. – Malaysiapost

