England juara kumpulan, namun berdepan laluan berliku

0
1

ENGLAND mengesahkan kedudukan selaku pasukan teratas Kumpulan D setelah menewaskan Republik Czech 1-0 dalam aksi Euro 2020 di Wembley awal pagi tadi.

Penyerang Manchester City, Raheem Sterling menjaringkan gol kemenangan buat Three Lions menerusi tandukan pada minit ke-12 – gol keduanya dalam kejohanan ini.

Gandingannya di bahagian depan, Harry Kane pula terus tumpul apabila gagal menghasilkan sebarang jaringan setelah berakhir tiga aksi peringkat kumpulan.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Gareth Southgate bakal berdepan cabaran berliku pada pusingan 16 terakhir apabila dijadual bertemu salah satu pasukan dari Kumpulan F yang digelar kumpulan maut.

England akan menentang naib juara Kumpulan F antara Perancis, Jerman, Portugal atau Hungary.

Empat pasukan tersebut akan turun menentukan nasib masing-masing awal pagi esok.

Perancis ketika ini berada di puncak Kumpulan F dengan empat mata, manakala Jerman mengatasi Portugal menerusi perbezaan gol dan Hungary di tangga keempat hanya mengumpul satu mata. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here