Sharifudin Abdul Rahim
PASUKAN pengurusan jenazah daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama Unit Forensik HKL antara yang bertungkus lumus dalam menguruskan jenazah pesakit Covid-19.

Sebagai insan biasa, pastinya hati mereka diselubungi kebimbangan risau dijangkiti virus bahaya ini.
Namun, sebagai umat Islam yang percaya kepada qada dan qadar tugas ini tetap disempurnakan dengan penuh amanah.

Tanpa menghiraukan penat dan lelah, mereka terus berbakti seikhlas hati.
Biarpun kebanyakan petugas barisan hadapan sudah lesu dan letih berdepan situasi Covid-19, namun mereka tetap gigih berjuang memutuskan rantaian penularan wabak itu.


Sesi pengecaman mayat akan dilakukan oleh seorang waris sahaja, itu pun tidak membabitkan sentuhan dan wajib memakai pakaian pelindung diri (PPE).





Pengurusan kes kematian Covid-19 perlu dilaksanakan dengan teliti serta pemantauan rapi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Bagi yang bergama Islam, jenazah akan ditayamumkan dan disembahyangkan sebelum dikebumikan.
Manakala bagi yang bukan beragama Islam, akan dibakar dengan pemantauan KKM. – Malaysiapost

