KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan berhubung penularan maklumat di media sosial mendakwa kononnya seorang lelaki yang menerima vaksin Covid-19 meninggal dunia selepas makan durian.
KKM dalam satu kenyataan di laman Facebook hari ini, memaklumkan maklumat itu adalah palsu.
“KKM mengesahkan maklumat ini palsu. Mohon kerjasama semua untuk tidak menyebarkannya,” menurut kenyataan itu
Terdahulu tular satu mesej di aplikasi WhatsApp yang meminta orang ramai mengingatkan ahli keluarga dan rakan supaya tidak makan durian sebelum atau selepas menerima vaksinasi.
Mesej berkenaan mendakwa seorang lelaki meninggal dunia kerana makan durian selepas menerima vaksin. – Malaysiapost

