Parlimen: Tiada sebab takut berdepan soalan, perbahasan wakil rakyat

0
1
Sharil_hamdan

UMNO sebagai parti yang mendukung sistem Raja Berperlembagaan dan demokrasi Berparlimen tidak boleh menerima dolak-dalih kerajaan dalam hal membuka persidangan Parlimen.

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata tindakan kerajaan seakan masih tidak mengendahkan titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu, menyebabkan Umno tidak mampu berdiam diri.

“Sidang Parlimen segera digesa bagi mengembalikan peranan wakil yang dipilih oleh rakyat untuk melaksanakan tugas semak dan imbang dalam pengurusan pandemik dan ekonomi negara yang kritikal ketika ini.

“Apatah lagi, umum mengetahui aturan urusan mesyuarat (persidangan) adalah di bawah kawal selia kerajaan.

“Jadi tiada sebab untuk takut berhadapan dengan soalan atau perbahasan wakil rakyat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Shahril berkata sebarang tindakan khusus Umno andaikata tiada respon memuaskan dari kerajaan terhadap gesaan tersebut, akan diputuskan Majlis Kerja Tertinggi seperti tuntutan organisasi dan selari dengan mandat Perhimpunan Agung Umno.

“Jika timbul kenaikan suhu politik mahupun krisis Perlembagaan, ia berpunca dari pendirian kepimpinan kerajaan yang berkeras,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here