10 sekeluarga tinggal sebumbung, positif Covid-19

0
1

DUGAAN berat menimpa sebuah keluarga di Sungai Layar di Sungai Petani, Kedah apabila 10 daripada mereka disahkan positif Covid-19 sejak Selasa lalu.

Difahamkan, mereka sekeluarga yang tinggal sebumbung dijangkiti wabak itu daripada Kluster Dah Bukit Makmur membabitkan sebuah kilang memproses ayam di Sungai Lalang dekat Sungai Petani.

Berkongsi kisah itu, seorang ahli keluarga berkenaan, Muhammad Ammar Faiz Mohd Rashid, 27, berkata, mereka disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan pada Selasa lalu.

Katanya, isterinya, Norhanis Nadjwa Jamal Khushairi, 26, yang hamil empat bulan juga disahkan positif Covid-19 selepas melakukan ujian saringan kedua, kelmarin.

“Pada awalnya, hanya sembilan orang yang positif kerana keputusan saringan pertama isteri saya negatif.

“Namun isteri saya yang hamil anak pertama disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan kali kedua,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia.

Muhammad Ammar Faiz yang kini masih menerima rawatan di Hospital Lama Sungai Petani berkata, mereka sekeluarga mendapat jangkitan Covid-19 daripada bapa, Mohd Rashid Shaari, 53, dan ibu, Rozana Hassan, 54, yang merupakan pengusaha kantin di kilang tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here