‘Sungguh keras hati Perdana Menteri’

0
1

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Razlan Rafii mempersoalkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh ketika ini yang masih tidak nampak hasilnya.

Beliau berkata, sehingga hari ini usaha melandaikan angka Covid-19 belum berhasil walaupun sudah masuk tiga minggu ‘lockdown’ diumumkan.

“Ramai yang bersuara berkenaan kaedah lockdown yang dilaksanakan kali ini, ia bukan seperti yang pertama kali, kilang-kilang diberi kelulusan berleluasa, sehingga semalam kluster kilang bertambah.

“Berita 10 keluarga dijangkiti akibat dari ayah dan mak mereka bekerja kantin di Kilang. Peristiwa ini juga tidak berjaya sampai ke hati Tan Sri Muhyiddin (Yassin).

“Sungguh keras hati Perdana Menteri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohd Razlan berkata walaupun pintu Istana sudah diketuk, Majlis Raja-Raja sudah bertitah, juga Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan titah, namun sidang Parlimen belum dipanggil.

“Wahai Rakyat, jalan terakhir kita mengadu kepada Istana sudah dilaksanakan, dan Istana juga sudah mendengar suara anda.

“Teruslah tawakal. Kita usaha menulis, semoga Allah swt mengetuk pintu hati Tan Sri Muhyiddin,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here