Kerajaan sasar 10 peratus populasi terima vaksinasi penuh bulan depan

0
1
Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin melawat Pusat Penerima Vaksin (PPV) Stadium Bukit Jalil pada hari pertama PPV dibuka di sini hari ini.

KERAJAAN menyasarkan 10 peratus populasi negara akan memperoleh vaksinasi penuh menjelang pertengahan Julai ini, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata seramai lapan juta daripada populasi akan menerima vaksinasi menjelang akhir bulan ini dan berharap jumlah pemberian dos meningkat kepada 10.7 juta menjelang pertengahan Julai.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan akan melipat gandakan pemberian vaksin harian bagi mencapai sasaran berkenaan.

“Dengan mengambil kira bekalan vaksin dan kapasiti Pusat Pemberian Vaksin (PPV), kita jangka mencapai 10 peratus dos penuh menjelang pertengahan Julai ini.

“Ketika ini bagi setiap 100 dos diberikan, 30 adalah dos kedua.

“Bagi memastikan 10 peratus daripada populasi atau 3.2 juta penduduk menerima imunisasi, kita perlukan 10.7 juta dos,” katanya pada sidang media hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here