
TIGA lagi lokaliti di Sabah dan satu di Kelantan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 21 Jun hingga 4 Julai ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pelaksanaan PKPD itu untuk memastikan penduduk berisiko dijangkiti Covid-19 kekal berada dalam kawasan mereka.
Pada masa sama, katanya, ia akan memudahkan tindakan kawalan Covid-19 dijalankan dengan cepat dan berkesan, seterusnya menghalang penularan lanjut dalam kawasan terlibat serta ke komuniti luar.
Semua lokaliti yang dikenakan PKPD adalah seperti berikut:
SABAH
Kampung Nelayan, Batu 10, Sandakan
Fasa 1 dan Fasa 2, Taman Digot, Penampang
Kampung Rancangan Silabukan Peringkat 4, Lahad Datu
KELANTAN
Taman Merbau Utama, Mukim Bukit Jawa, Selising, Pasir Puteh
