
MALAYSIA merekodkan 73 kematian baharu Covid-19 hari ini, menjadikan angka korban keseluruhan di negara ini meningkat kepada 4,349 kematian.
Menurut data yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, setakat hari ini jumlah kes aktif Covid-19 ialah 64,522 kes.
Setakat ini, sebanyak 886 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 441 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Jumlah kes sembuh catat pertambahan sebanyak 6,918 kes dengan angka keseluruhan kes sembuh sebanyak 622,244 kes.
Selain itu, sebanyak 5,911 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam ini. – Malaysiapost
