Silap ‘key in’ satu nombor saja, RM100,000 ‘melayang’

0
1

HATI-hati apabila memasukkan nombor akaun penerima jika membuat bayaran pindahan dalam talian.

Ini kerana seorang individu dilaporkan kerugian RM100,000 setelah tersilap memasukkan nombor akaun penerima sehingga wang sebanyak itu tersalah pindah ke akaun individu tidak dikenali.

Berdasarkan perkongsian di laman Twitter oleh pengguna laman sosial itu yang menggunakan nama Misha Rohaizat, bapa mentuanya mahu memindahkan wang sebanyak RM100,000 kepada suaminya.

https://twitter.com/michaaa__/status/1405804975402340353?s=19

Namun, menurut wanita tersebut, bapa mentuanya secara tidak sengaja telah tersilap memasukkan nombor akaun hanya melibatkan satu angka menyebabkan wang tersebut ‘pergi’ kepada individu lain.

Dia turut berkongsi transaksi tangkap layar resit pindahan wang tersebut yang menggunakan perkhidmatan perbankan secara dalam talian Maybank2u.

“My FIL (father in law} nak transfer kat my husband but accidentally transfer kat this guy.

“Macam mana nak dapat balik eh duit ni? Hot face dah report police. Tapi ada harapan nak dpt balik ke duit ni? Salah 1 number je Loudly crying face pastu dia plak terus approve,” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here