PDRM tawar diskaun saman hingga 50 peratus bermula esok

0
1
Lebuhraya Persekituan kelihatan sesak disebabkan anggota-anggota PDRM memeriksa dokumen kebenaran daerah atau negeri pemandu kenderaan pada sekatan jalan raya di Lebuhraya Persekutuan menghala ke pusat bandar ketika tinjauan hari ini. Kerajaan memutuskan untuk meletakkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di bawah PKP bermula 7 hingga 20 Mei depan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan sebanyak 17 kluster baharu telah direkodkan sejak 1 hingga 27 April lepas dengan jumlah kes harian yang semakin meningkat.

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus bermula esok hingga 18 Julai ini.

Diskaun itu adalah bagi semua saman terpilih yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Azisman Alias, berkata orang ramai boleh mendapat diskaun berkenan melalui bayaran secara atas talian.

“Orang ramai boleh mendaftar melalui portal rasmi PDRM atau pautan https://[email protected] serta muat turun aplikasi di Google Playstore, Apple Playstore dan Huawei Gallery.

“Aplikasi Mybayar saman sudah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, tawaran diskaun itu tidak termasuk kes saman dalam sebutan mahkamah, kesalahan utama dilakukan tahun ini, kesalahan kenderaan berat dan kesalahan berkaitan pengubahan ekzos.

“Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung semua kaunter pembayaran saman di Kontinjen dan Ibu Pejabat Polis Daerah akan ditutup bagi mengurangkan penularan jangkitan Covid-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Mybayar saman adalah inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah memberikan perkhidmatan pembayaran tanpa tunai sepenuhnya kepada masyarakat,” katanya.

Menurutnya, PDRM berharap pengurangan kompaun saman trafik itu akan dapat membantu orang ramai yang terkesan dalam situasi sukar pandemik Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here