Ibu Nancy meninggal dunia

0
2

IBU kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Seri Nancy Shukri meninggal dunia pada jam 11.54 malam tadi.

Bibi MacPherson @ McPherson, 90 tahun, menghembuskan nafas terakhir di kediaman Nancy kerana sakit tua.

Bibi merupakan anak pertama daripada dua beradik kepada pasangan John Andrew McPherson, Residen Bahagian Ketiga yang berketurunan British Scottish semasa pemerintahan Rajah Sir Vyner Brooke dan Chua Eng Dok, seorang Cina Iban dari Kapit.

Allahyarhamah dibesarkan wanita Melayu terbabit di Kampung Panglima Seman Lama, Kuching sebelum berkahwin dengan seorang guru berbangsa Melayu Melanau dari Santubong, Shukri Mahidi pada tahun 1948 dan dikurniakan 11 anak dengan Nancy adalah anak kesepuluh.

Sepanjang hayatnya, Allahyarhamah bergiat aktif dalam politik serta Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) dan menyumbang bakti kepada wanita khususnya di kawasan luar bandar.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here