Beri suntikan lengkap individu terlibat Parlimen, DUN

0
1

SETIAUSAHA Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan semua yang terlibat dalam sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk kakitangan dan media diberikan vaksinasi lengkap.

Ahli Majlis Tertinggi Umno itu berkata, pemberian dua dos suntikan lengkap vaksin Covid-19 itu juga mestilah meliputi 80 hingga 100 peratus kumpulan berkenaan bagi mewujudkan imuniti kelompok di Parlimen.

“Cadangan – vaksinasikan semua yang terlibat dalam sidang Parlimen dan DUN. 80-100% staf, media, pegawai diberi 2 dos vaksin (dlm masa 2 minggu).

“Maka wujud immuniti kelompok di tempat itu. Jadi 3 minggu lagi bolehlah mula sidang. Hendak seribu daya, jika tak hendak maka tiadalah apa-apa,” ciapnya menerusi Twitter.

Sementara itu, dalam ciapan lain, Ahmad turut mempersoalkan apakah faedah pemberian vaksin sekiranya pihak terbabit tidak yakin dengan suntikan dan imuniti kelompok yang wujud.

“Jika tidak yakin dgn vaksin dan herd immunity, apa faedah vaksinasi?

“Ketika yg sama, waktu bersidang Parlimen dan DUN, SOP dikekal seperti guna penghadang plastik, pakai mask, penjarakkan dan guna sanitizer

“Harap tidak berlaku krisis Perlembagaan. Eksekutif perlulah menghormati Titah,” katanya.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah, menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan secepat mungkin.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin, berkata ini bagi membolehkan pelan pemulihan negara yang dibentang kerajaan semalam dan pelaksanaan Ordinan Darurat 2021 dibahasakan Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

Katanya, pandangan baginda itu dibuat selepas memperhalusi semua pandangan pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat pakar dari pelbagai agensi kerajaan.

“Baginda turut menzahirkan pandangan perlu adanya pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here