Pelan Pemulihan Negara ambil kira pertimbangan selamatkan nyawa, kelangsungan hidup rakyat

0
1
Ismail Sabri

PELAN Pemulihan Negara yang diumumkan Perdana Menteri semalam mengambil kira semua pertimbangan bagi memastikan keputusan yang diambil adalah demi menyelamatkan nyawa serta kelangsungan hidup rakyat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut Covid-19.

“Fasa Pertama PKP menyeluruh ini terpaksa dilaksanakan susulan peningkatan kes mendadak yang mengancam sistem kesihatan awam.

“Justeru, kerjasama anda semua (rakyat) amat diperlukan bagi menjayakan Pelan Pemulihan Negara ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata Fasa Satu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara menyeluruh di seluruh negara yang berkuatkuasa 1 Jun lalu, telah menunjukkan tanda positif dalam usaha melandaikan lengkuk jangkitan Covid-19.

“Kes harian Covid-19 berjaya diturunkan dari rekod tertinggi lebih 9,000 kes pada Mei, kepada 5,419 kes semalam. Kita berharap kes akan terus menurun,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here