Berita darurat kesihatan disambung palsu

0
1

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) mengesahkan penyebaran maklumat kononnya Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 mengesyorkan kepada Yang di-Pertuan Agong agar darurat kesihatan disambung, adalah palsu.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya, MKN menafikan maklumat berkenaan.

Justeru, MKN meminta orang ramai supaya jangan menyebarkan berita yang tidak benar kerana boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

“Ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran dalam kalangan masyarakat.

“Pastikan Sahih, Baru Kongsi!,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here