Nama Mahiaddin digunakan untuk surat, dokumen rasmi

0
2

TERSEBAR di media sosial sejak semalam satu memo perhubungan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri berhubung penggunaan nama rasmi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam urusan surat menyurat dan dokumen rasmi kerajaan.

Memo bertarikh 3 Jun 2021 ditandatangani Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin, Datuk Marzuki Mohamad dan ditujukan kepada semua pegawai dan kakitangan Pejabat Perdana Menteri.

“Susulan pandangan Jabatan Peguam Negara, dimaklumkan penggunaan nama rasmi perdana menteri adalah seperti berikut: Mahiaddin bin Md Yasin atau Tan Sri Dato’ Haji Mahiaddin bin Haji Md Yasin.

“Sehubungan itu, semua urusan surat menyurat dan dokumen rasmi kerajaan yang memerlukan penggunaan dan tandatangan atas nama Perdana Menteri hendaklah menggunakan nama rasmi Perdana Menteri seperti di atas.

“Arahan ini berkuatkuasa serta merta,” menurut memo itu.

Memo itu turut memohon kerjasama dan perhatian semua pegawai dan kakitangan Pejabat Perdana Menteri untuk mematuhi arahan berkenaan.

Sebelum ini pada 2 April lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam membatalkan satu perintah penahanan yang ditandatangani Muhyiddin kerana tidak menggunakan nama seperti dalam kad pengenalannya.

Muhyiddin juga dilaporkan menggunakan nama sebenarnya dalam urusan rasmi termasuk dalam kesemua empat proklamasi darurat yang dilaksanakan ketika ini. – Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Muhyiddin Yassin

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here