Kongres DAP ditangguh

0
2
Logo DAP

KONGRES Parti DAP yang dijadual bakal berlangsung pada 20 Jun ini ditangguhkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Setiausaha Organisasi Kebangsaannya, Anthony Loke Siew Fook memaklumkan DAP telah menerima surat balas daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia, Jasri Kassim pada 11 Jun 2021 lalu terhadap rayuan untuk menangguhkan Kongres Parti DAP.

Menurutnya, dalam surat tersebut, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) memutuskan bahawa pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) bagi semua pertubuhan berdaftar termasuk parti politik hendaklah ditangguhkan sepanjang tempoh PKP.

“JPPM juga menghendaki pihak kami untuk mengemukakan cadangan tarikh pelaksanaan Kongres Parti DAP yang baru dan prosedur operasi standard (SOP) tambahan sebaik sahaja tempoh PKP berakhir.

“Justeru itu, saya ingin mengesahkan secara rasmi bahawa Kongres Parti DAP yang ditetapkan sebelum ini untuk berlangsung pada Ahad, 20 Jun 2021, adalah ditangguhkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehubungan itu, tarikh baru Kongres Parti DAP hanya boleh ditentukan selepas tempoh PKP ditamatkan oleh kerajaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here