NGO sumbang makanan vegetarian percuma sempena PKP

0
2

PERTUBUHAN Meatless Malaysia memberikan bekalan makanan vegetarian percuma kepada individu-individu yang terjejas akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) sejak tahun lalu.

Pengasasnya, Zeeneeshri Ramadass berkata, untuk kali ini, pihaknya fokus kepada para penganggur dan pekerja migran di Kuala Lumpur.

Katanya, makanan tersebut dimasak sendiri oleh beliau dan ibunya mengikut protokol kebersihan seperti kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dan sentiasa memastikan dapur dalam keadaan bersih.

“Hidangan penuh biasanya nasi goreng dengan sayur-sayuran termasuk telur goreng ataupun nasi putih dengan hidangan sayur dan telur goreng. Kadang-kadang ada juga pencuci mulut tetapi ia bergantung pada hari tersebut.

“Justeru, makanan itu serta barangan keperluan seperti beras, minyak goreng, telur, sayur-sayuran, dan pelitup muka juga diberikan melalui perkhidmatan penghantaran seperti Pickupp Hero, Lalamove dan Ninjavan,” katanya seperti dilapor Malay Mail.

Beliau berkata, pemberian makanan ini penting untuk mereka yang memerlukan khususnya pekerja migran.

“Mereka (pekerja migran) telah meninggalkan keluarga untuk datang ke negara kita bagi mencari nafkah.

“Tetapi disebabkan PKP, mereka tidak dapat berkerja kerana syarikat ditutup,” katanya.

Jelasnya, untuk bantuan itu, individu terbabit perlu mengisi borang di WhatsApp dan melampirkan bil utiliti mereka untuk pengesahan.

Orang ramai yang ingin menyumbang, sila menghubungi 010-901 6937. -Malaysiapost

Foto Kredit: FB/Meatless Malaysian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here