Hati-hati sindiket penipuan guna nama Skim Pembiayaan Tahfiz

0
2
Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Zaid bin Haritsah bertadarus Al-Quran mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Zaid bin Haritsah Jalan Gombak Kuala Lumpur.

ORANG ramai diminta berhati-hati dengan kewujudan sindiket penipuan (scam) yang menggunakan nama Skim Pembiayaan Hafiz (SPH).

Ia susulan beberapa aduan diterima Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkaitan cubaan menipu orang ramai oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan menghantar mesej menawarkan bonus Hari Raya.

Justeru, Ketua Unit Komunikasi Korporat JAKIM, Zakaria Othman menerusi kenyataan menegaskan pihaknya tidak akan sewenang-wenangnya menghubungi orang awam bagi menawarkan sebarang bentuk bonus.

“Segala urusan pemberian peruntukan dan pembiayaan SPH perlu dibuat melalui proses yang telah ditetapkan sahaja.

“JAKIM memandang serius mengenai perkara ini dan ingin menasihatkan orang awam agar berhati-hati supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan,” katanya hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here