Kilang elektronik, sarung tangan lebih penting dari Parlimen – Najib Razak

0
2
Pix via Malaysiapost

SELEPAS berdiam diri mengenai desakan pelbagai pihak supaya Parlimen dibenarkan kembali bersidang, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya mengumumkan Parlimen boleh dibuka pada September atau Oktober ini selepas negara memasuki fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Pengumuman itu bagaimanapun terus mendapat kecaman terutama daripada Ahli Parlimen yang berpendapat Parlimen harus dibuka segera dalam usaha menangani isu pandemik Covid-19.

Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak turut mempersoalkan keputusan yang dibuat Perdana Menteri mengenai perkara itu dalam sidang media Pelan Pemulihan Negara: Peralihan Fasa PKP Secara Berperingkat, semalam.

“Yang di-Pertuan Agong titah Parlimen boleh buka pada bulan Februari.

“PM8 (Perdana Menteri kelapan) akhirnya jawab pada bulan Jun bahawa Parlimen boleh buka pada bulan September atau Oktober.

“Mungkin Parlimen dengan ahli yang telah diberi vaksin lagi tinggi risiko Covid berbanding kilang elektronik atau kilang sarung tangan dengan puluhan ribu pekerja yang belum divaksin kot,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Beliau secara sindiran juga mengatakan mungkin Parlimen tidak dapat bersidang kerana tiada surat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Essential = kilang elektronik dan sarung tangan, bukan essential = demokrasi,” sindirnya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here