Harimau Malaya menang akhirnya

0
2

Skuad Harimau Malaya menamatkan kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Thailand di Dubai, awal pagi tadi.

Gol tunggal menerusi sepakan penalti Safawi Rasid pada minit ke-52 memastikan Malaysia mengesahkan kedudukan ketiga dengan 12 mata daripada lapan perlawanan.

Keputusan itu mencerahkan peluang skuad kebangsaan mengesahkan tempat untuk aksi kelayakan seterusnya bagi merebut slot ke pusingan akhir Piala Asia.

Setelah tewas dua aksi sebelum ini kepada Emeriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam, pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe mempamer aksi lebih baik dengan mendapat beberapa peluang pada babak pertama.

Bagaimanapun beberapa peluang yang terhidang gagal dimanfaatkan dengan jaringan.

Bermula babak kedua, Cheng Hoe membawa masuk Syafik Ahmad dan Safawi bagi menggantikan Brendan Gan serta Arif Aiman dan percaturan tersebut nyata membuahkan hasil.

Menerusi satu gerakan dari sebelah kanan daripada kedua-dua pemain gantian itu, Safawi kemudian berjaya masuk ke dalam kotak penalti sebelum dijatuhkan pemain pertahanan Thailand.

Safawi kemudian tidak mensia-siakan peluang tersebut apabila menyempurnakan sepakan penalti untuk gol tunggal serta jaringan kemenangan Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here