‘Kadang-kadang rasa hendak terajang’, Anwar jawab dendam

0
2

“KADANG-kadang geram juga, kadang-kadang rasa aku nak terajang, bukan tak ada, sebagai manusia kita ada,” kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan satu perkara mudah melupakan pengalaman hitam dilaluinya dalam ranjau politik termasuklah dipenjara pada masa lalu.

Namun, Anwar mengakui dirinya tidak menyimpan dendam kesumat terhadap apa yang terjadi kepada dirinya.

“Tetapi jangan menganggap perkara ini sesuatu yang besar sangat sebab dalam sejarah, sejarah nabi-nabi sehinggalah pejuang-pejuang yang lain.

“Ramai yang fikir kita tidak perlu terlalu terikat dengan masa lampau, penderaan masa lampau tetapi biar ada pengajaran,” kata Anwar melalui Facebook Live berjudul Sembang Spontan bersama Afdlin Shauki malam ini.

Ketua pembangkang itu berkata demikian ketika ditanya bagaimana beliau boleh mempunyai jiwa besar seakan “adiwira” dengan memaafkan seteru politiknya yang menindasnya dengan pelbagai cara.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata memang tidak mudah untuknya memaafkan, apatah lagi melibatkan maruah anak-anak dan isterinya.

“Saya pun tak anggap itu mudah. Bukan saya nak menganggap ini satu perkara ringan. Memang berat, sebab itu saya kata jangan dibuat kepada orang lain. Jadi ada orang tanya nak jadi pengajaran macam mana orang itu tidak dihukum.

“Sebab itu, kalau dia bersalah kepada saya. Kamu seksa saya, saya boleh maafkan. Dia curi duit rakyat dia kena bayar balik. Dia lakukan jenayah, dia pukul orang setengah mati, orang itu kena dera.. itu mesti ikut proses hukum.

“Jadi bukan saya boleh maafkan untuk semua orang, untuk diri saya sendiri saja (boleh),” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here