Tahniah, Damok! – PM

0
1

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada pelumba negara, Syarifuddin Azman selepas muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol, semalam.

Muhyiddin berkata, beliau cukup berbangga dan gembira apabila dimaklumkan Syarifuddin berjaya menggegar Litar Catalunya selepas muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Barcelona, Sepanyol.

“Syabas Anak Muda, Tahniah Malaysia. Sudah pasti hanya keazaman, ketekunan, kesungguhan dan keberanian sahaja yang mampu meletakkan seorang pelumba untuk bergelar juara.

“Tahniah Syarifuddin dan seluruh ahli pasukan atas aksi dan kejayaan yang membanggakan negara ini.

“Teruskan usaha untuk kejayaan yang lebih gemilang selepas ini. TAHNIAH DAMOK! #MalaysiaPastiBoleh,” katanya menerusi Facebook.

Semalam, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul juara saingan CEV Moto3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol.

Syarifuddin atau lebih dikenali sebagai Damok yang bermula di petak ke-10 menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 29 minit 32.553 saat.

“Syukur Alhamdulillah. Terima kasih kepada pasukan yang bekerja keras untuk perlumbaan minggu ini. Terima kasih juga kepada ketua kru, pengurus pasukan dan juga Datuk Razlan (Razali) yang hadir ke sini untuk memberi sokongan.

“Ia satu kejayaan yang menggembirakan terima kasih kepada mereka yang memberikan sokongan dan juga kepada keluarga,” katanya.

Damok kini di kedudukan tempat keenam keseluruhan dengan 30 mata selepas tiga pusingan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/06/13/negaraku-berkumandang-di-catalunya-damok-juara-cev-moto3/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here