PKPD: Tujuh lokaliti bermula 16 Jun

0
1

TUJUH lagi lokaliti di beberapa negeri diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), berkuatkuasa 16 Jun ini.

Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tujuh lokaliti yang dikenakan PKPD ialah asrama pekerja warga asing, Jalan Rivera, Tanjung Agas, Tangkak, Johor; dua lokaliti di Bukit Dinding, Mukah, Sarawak; manakala Sabah melibatkan Kampung Sundang Laut, Sandakan; dua lokaliti di Penampang dan Kampung Skim Cocos, Kunak.

“Asrama pekerja warga asing, di Tangkak dikenakan PKPD berikutan berlaku kadar kebolehjangkitan yang tinggi iaitu 128 individu positif daripada 237 ujian saringan.

“Lain-lain lokaliti mencatatkan kes positif yang tinggi dan peningkatan ketara dalam tempoh seminggu dengan kadar positiviti melebihi 42 peratus bagi satu-satu lokaliti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, SOP bagi semua lokaliti PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan maklumat lanjut boleh diakses di laman sesawang MKN di www.mkn.gov.my. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here