Pertama kali kes bawah 5,000 sejak lockdown

0
1
grafik

SEBANYAK 4,949 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini, iaitu terendah sejak sekatan pergerakan penuh atau ‘totaal lockdown’ dikuatkuasakan pada 1 Jun lalu.

Menerusi data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes keseluruhan di seluruh negara ini adalah 662,457 kes.

Selangor terus mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,523, dikuti Sarawak (744), Kuala Lumpur (503), Johor (430), Negeri Sembilan (323), Sabah (273) dan Pulau Pinang dan Kelantan masing-masing dengan 214 kes.

Selain itu, Kedah merekodkan 199 kes, dikuti Perak (136), Melaka (119), Labuan (113), Terengganu (86), Pahang (61), Putrajaya (10) serta satu kes di Perlis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here