Jelebu jadi ‘jalan dalam’ ke pantai timur, selatan

0
1

LEBIH 40 kes melibatkan cubaan merentas negeri tanpa surat kebenaran melalui daerah Jelebu untuk pantai timur dan selatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dikuatkuasakan.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Maslan Udin berkata kesemua mereka yang dikompaun menjadikan ‘jalan dalam’ di daerah itu sebagai laluan untuk cuba ke pantai timur dan selatan.

“Kebanyakan mereka yang cuba merentas negeri ini didapati menggunakan jalan dalam (jalan negeri) untuk ke pantai timur dan ke arah selatan.

“Hari ini juga terdapat satu lagi pelanggaran SOP dengan tiada kebenaran merentas negeri,” katanya seperti dilapor Utusan.

Sementara itu, Maslan menasihatkan orang ramai supaya terus mematuhi SOP dan peka dengan arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Bagi mereka yang memasuki daerah Jelebu mestilah mempunyai surat kebenaran daripada agensi berkaitan termasuk polis supaya mereka dapat melalui sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini.

“Sekiranya mereka gagal (menunjukkan surat kebenaran), tentu polis mengambil tindakan tegas,” katanya.

Beliau memberitahu sebanyak 45 kes berkaitan pelanggaran SOP di daerah itu sudah dituduh di mahkamah. – Malaysiapost

Foto Kredit: Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here