PICK fasa 4 diaktifkan minggu ini – KJ

0
1
khairy jamaluddin kj

KERAJAAN memutuskan untuk mengaktifkan segera Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa empat iaitu fasa kawalan wabak dalam usaha menangani penularan Covid-19 di sektor industri.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata keputusan itu dibuat secara bersama oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 (JKJAV) dan ia sudah dimulakan dengan kawasan-kawasan industri yang beroperasi sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau yang juga Menteri Penyelaras PICK, berkata fasa itu dimulakan dengan beberapa sektor industri pada minggu ini dimana Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan diselaraskan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) terutamanya bagi sektor perkilangan yang beroperasi sewaktu PKP.

“Selepas itu kita akan buka PPV industri di sektor-sektor lain termasuklah sektor pembinaan, perladangan dan seterusnya sektor peruncitan serta sektor perkhidmatan.

“Perkara ini akan kita gerakan secara berperingkat untuk memastikan semua sektor yang beroperasi semasa PKP dapat diberi perlindungan melalui vaksinasi,” katanya dalam sidang media mingguan perkembangan PICK hari ini.

Turut sama dalam sidang media berkenaan adalah Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Khairy berkata, pada ketika ini fasa kawalan wabak adalah melibatkan sektor ekonomi kriktikal yang menjadi asas tukang belakang kepada pembangunan ekonomi negara.

“Tindakan ini penting untuk mengimbangkan kehidupuan dan kesejahteraan hidup kerana jika dilihat pada data Covid-19 harian semalam sebanyak 11 kluster baharu tempat kerja dilaporkan daripada 15 kluster baharu keseluruhan dan membabitkan bilangan kes aktif hampir 200 kes.

“Sebab itu kita buat keputusan fasa kawalan wabak ini digerakkan secepat mungkin dikalangan industri untuk memastikan kluster tempat kerja dapat dikawal,” katanya. – Malaysiapost\

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here