Kes Covid-19 menurun 20 peratus minggu lalu

0
1
Penduduk-penduduk penghuni Flat Pelangi Damansara diarahkan menjalani ujian saringan Covid-19 pada hari kedua ujian saringan sesi petang berikutan 23 orang penduduk disahkankan positif Covid-19 pada 21 Oktober yang lalu.

JUMLAH kes positif Covid-19 merekodkan penurunan kira-kira 20 peratus pada minggu epidemilogi (ME) ke-22 sepanjang 6 hingga 12 Jun lalu, berbanding minggu sebelumnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata sebanyak 41,630 kes positif baharu dilaporkan sepanjang tempoh itu dengan purata kes aktif adalah 81,461 iaitu pengurangan 0.6 peratus berbanding minggu ME ke-21.

“Pengurangan kes ini dikesan bermula minggu ME ke-21 hingga ke-23.

“Kematian pula mencatatkan sebanyak 553 kes, iaitu pengurangan sebanyak 13.7 peratus berbanding minggu ME ke-21.

“KKM juga merekodkan sebanyak 905 kes purata yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), meningkat 3.9 peratus berbanding minggu sebelumnya,” katanya pada sidang media mingguan perkembangan Program Imunisasi Covid-19 (PICK) hari ini.

Menurutnya, bagi kes yang memerlukan alat bantuan pernafasan pula meningkat 4.1 peratus atau 454 daripada kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) setakat 12 Jun lalu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here