Najib gagal batalkan notis kebankrapan LHDN

0
1

DATUK Seri Najib Razak gagal mendapatkan penangguhan mahkamah berhubung tuntutan cukai pendapatan sebanyak RM1.69 bilion terhadap dirinya.

Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Bache melalui e-mel kepada pasukan peguam yang mewakili Najib dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), lapor Malaysiakini.

Susulan keputusan itu, LHDN boleh meneruskan notis kebankrapan terhadap bekas perdana menteri itu.

Sebelum ini, Najib telah mengemukakan permohonan berkenaan atas alasan notis yang dikeluarkan LHDN bertarikh 4 Februari lalu adalah berniat jahat, menindas dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Kerajaan, melalui LHDN, memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur terhadap Najib selaku penghutang.

Berdasarkan notis itu, Najib perlu membayar RM1.69 bilion dengan lima peratus kadar faedah setahun atas jumlah baki dari 22 Julai 2020 (tarikh keputusan Mahkamah Tinggi) hingga 4 Februari 2021 iaitu RM45.9 juta serta kos RM15,000 dan setakat 4 Februari 2021, jumlah itu menjadi RM1,738,804,204.16.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 22 Julai tahun lalu, memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/06/lhdn-failkan-notis-muflis-terhadap-najib/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here