Safiey Ilias, Pipi Natasha direman 3 hari lagi

0
1

PENGASAS produk kosmetik terkenal, Safiey Ilyas dan rakannya, Pipi Natasha disambung reman selama tiga hari lagi bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, perintah reman itu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap kanak-kanak bawah umur.

“Sambung reman (dua pemilik akaun Instagram) bermula hari ini sehingga Selasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Terdahulu, Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi menjatuhkan hukuman reman selama tiga hari bermula jumaat hingga hari ini terhadap Safiey Ilyas bersama rakannya, Pipi.

Perintah reman itu dikeluarkan Hakim Effandi Nazila Abdullah yang bertindak sebagai Majistret.

Kedua-dua mereka didakwa Seksyen 12 dan 15 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Khamis lalu, tular live di media sosial membabitkan Safiey bersama Pipi dan dua orang remaja lelaki yang masing-masing berusia 14 dan 15 tahun.

Menerusi live itu, Safiey dikatakan telah menayangkan buah dadanya dan bercakap tentang perkara lucah kepada kanak-kanak bawah umur berkenaan.

Justeru, orang ramai meluahkan kebimbangan di atas kelakuan yang dilakukan Safiey itu dan menyifatkannya perbuatan melampau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here