Peneroka laut jumpa kapal Titanic, dihalang cari MH370

0
2
Mandatory Credit: Photo by David Buchan/Variety/Shutterstock (10345535r) Dr. Robert Ballard and Allison Fundis National Geographic 'Bob Ballard's Next Great Discovery' panel, TCA Summer Press Tour, Los Angeles, USA - 23 Jul 2019

SEORANG peneroka laut terkenal, Bob Ballard yang pernah menemukan kapal Titanic mendedahkan dirinya dihalang daripada menyertai misi pencarian pesawat MH370 milik Malaysia Airlines.

Ballard berkata, dia menawarkan diri untuk membantu mencari pesawat yang hilang sejak tujuh tahun lalu itu namun dihalang oleh pihak berkuasa yang mengetuai penyiasatan itu.

“Saya adalah orang pertama yang menghubungi Australia yang mengetuai pencarian di sana.

“Sekalipun mereka tidak mahu menggunakan aset yang saya ada, tetapi saya tahu bagaimana hendak mencari pesawat yang hilang.

“Saya masih berharap dapat menemukan pesawat itu. Malah, saya berasa sangat gembira untuk menyumbangkan kepakaran, tetapi mereka tetap tidak mengizinkan,” katanya seperti dilapor Daily Star.

Ballard yang pernah menemukan kapal di dasar Laut Atlantik pada 1985 itu berkata, penggunaan teknologi baharu dapat meningkatkan peluang pencarian kapal terbang yang membawa 227 penumpang dan 12 kru kabin.

Katanya, kemunculan kenderaan autonomi dapat digunakan untuk menjelajah dasar laut yang luas.

Pesawat MH370 sebelum itu melakukan perjalanan ke Beijing, China sebelum hilang selepas terputus komunikasi dengan menara kawalan trafik udara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here