Najib gesa kerajaan kembalikan diskaun bil elektrik

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengulangi gesaan meminta kerajaan mengembalikan diskaun elektrik bagi semua sektor termasuk domestik yang tamat Disember lalu.

Najib berkata, beliau menerima banyak aduan daripada rakyat yang mengadu bil elektrik mereka naik mencanak susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Simple. Korang suruh semua duduk rumah 24/7, mahu bil api akhir bulan tak melonjak?

“Dah lama saya sudah beberapa kali saran kerajaan untuk mengembalikan diskaun elektrik dan juga untuk meredakan sedikit keadaan inflasi tinggi.

“(Ia) apabila saya tengok kerajaan cuba menipu Rakyat semasa mengumumkan pakej bantuan PEMERKASA Januari lalu,” tulisnya di Facebook.

Najib berkata, banyak perkara beliau ketegahkan berhubung bantuan itu termasuk ketiadaan diskaun elektrik susulan saranan ‘duduk rumah’ kerajaan.

“Sudah tentu bil elektrik bagi bulan PKP ini akan lebih tinggi sebab semakin lama kita duduk rumah, semakin tinggi penggunaan elektrik.

“Sebab itu, ianya wajar untuk kerajaan PN memberi diskaun elektrik sehingga 30 peratus selagi PKP dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, hakikatnya Tenaga Nasional Berhad (TNB) masih mampu memberi diskaun selepas mencatat kenaikan keuntungan 32 peratus pada suku pertama tahun ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here