PATI perlu serah diri sebelum layak sertai program vaksinasi – KDN

0
1

KEMENTERIAN Dalam Negeri (KDN) menegaskan semua pendatang asing tanpa izin (PATI) perlu menyerah diri terlebih dahulu sebelum layak untuk menyertai program vaksinasi.

KDN dalam kenyataan berkata, keutamaan program vaksinasi Covid-19 adalah kepada rakyat dan penduduk negara ini.

“Bagi warga asing yang telah dikenal pasti keberadaannya di dalam negara, mereka akan diberikan suntikan vaksin mengikut fasa dan pelan yang telah ditetapkan oleh kerajaan,” kata KDN dalam hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin seperti memaklumkan kerajaan memberi jaminan bahawa semua PATI perlu menyerah diri sebelum mereka layak menyertai program vaksinasi Covid-19.

Malah, beliau menegaskan bukan semua warga asing akan diberi peluang menerima imunisasi itu terutama yang datang secara haram.

Hamzah berkata, rakyat tidak perlu bimbang kerana kerajaan tetap tidak akan berkompromi dengan PATI bahkan mereka tiada dalam senarai untuk terlibat dalam vaksinasi.

Sebaliknya, katanya, hanya warga asing yang memiliki dokumen sah akan mendapat imunisasi sejajar matlamat kerajaan bagi mencapai komuniti kelompok dengan 70 peratus penduduk divaksin. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here