MALAYSIA mencatatkan 64 lagi kematian Covid-19 hari ini, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak itu adalah 3,908 kes.
Menerusi infografik yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 8,163 kes sembuh direkodkan hari ini.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini adalah 572,113.
Jumlah kes aktif Covid-19 adalah 73,324 di seluruh negara dan sehingga hari ini, sebanyak 657,508 jumlah kes keseluruhan jangkitan wabak itu.
Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 917 kes dengan 452 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

