Hospital Medan HSA sedia 64 katil pesakit Covid-19

0
1

PENUBUHAN Hospital Medan Angkatan Tentera (ATM) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru dijangka mampu membantu meningkatkan kapasiti katil Covid-19 di Johor Bahru.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Hospital Medan HSA itu adalah yang keenam dibina dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menampung kapasiti hospital dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di Johor Bahru.

Katanya, hospital itu dijangka mula beroperasi Khamis ini mempunyai 64 katil wad untuk pesakit kategori 3 dan 4 termasuk empat katil bagi ICU.

“Hospital medan ATM ini merupakan yang ke-6 dibina dengan kerjasama KKM bagi membantu menampung kapasiti hospital dan ICU di KKM di Johor Bahru,” katanya dalam hantaran Facebook.

Beliau berkata, secara keseluruhan sehingga Jumaat lalu, kadar penggunaan katil wad di hospital terutama Covid-19 di Johor mencecah 92 peratus (1,095/1,186).

“Bagi penggunaan katil ICU keseluruhan di hospital KKM di negeri johor, semua enam hospital berpakar yang mempunyai ICU telah mempunyai pengisian melebihi 70%,” katanya.

Terdahulu, KKM menyambut kehadiran Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang membuat tinjauan di Hospital Medan ATM di HSA, tengah hari tadi.

Dr Noor Hisham turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada ATM yang sentiasa memberikan bantuan kepada KKM dalam perjuangan melawan Covid-19. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here