‘Takkanlah Muhyiddin nak nasihat Agong tubuh Mageran’-Shahrir Samad

0
1

VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Samad secara sinis mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk menggantikan kerajaan dipimpinya ketika ini kepada sebuah badan seakan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

Bekas Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata hanya Muhyiddin sebagai Perdana Menteri layak menasihatan baginda untuk menubuhkan MAGERAN yang pernah ditubuhkan selama dua tahun pada 1969.

“Dan takkanlah Muhyiddin nak nasihat YDPA supaya menubuhan MAGERAN. Orang lain dari PM (Perdana Menteri) tidak mempunyai kelayakan dari segi Perlembagaan untuk nasihat YDPA.

“Kesimpulannya, walaupun popular tetapi MAGERAN tidak akan terjadi selagi tidak dinasihat oleh PM kepada YDPA,” katanya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan penubuhan MAGERAN selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Khamis lalu.

Shahrir berkata ada dua sebab mengapa ramai berminat penubuhan MAGERAN, pertama jemaah menteri diketuai Muhyiddin hilang punca kuasa dan keabsahan apabila diisyitiharkan darurat sehingga parlimen digantung.

“Jadi, sepatutnyalah dah tidak ada jemaah menteri dan digantikan dengan sebuah jemaah seperti MAGERAN dengan punca kuasanya dari Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

“Pengarah atau ketua kepada jemaah ini menjadi Ketua Kerajaan kerana segala sayap kerajaan, iaitu mahkamah, perkhidmatan awam, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), masih berfungsi dibawah naungan YDPA sebagai Ketua Negara,” tulisnya di Facebook hari ini.

Shahrir berkata, sebab kedua kerana pemerintah yang mempunyai 70 menteri dan timbalan menteri dilihat sebagai luarbiasa dalam keadaan ramai rakyat kehilangan pekerjaan atau dipotong gaji.

Katanya, elaun menteri dan timbalan menteri dipotong tiga bulan atau 25 peratus daripada pendapatan tahunan dan dimasukkan ke dalam tabung khas.

“Apabila dibandingkan jumlah menteri dan timbalan menteri yang ramai itu dengan sebuah MAGERAN yang kecil bilangan anggotanya, tentunya MAGERAN menjadi pilihan popular.

“Hujah jemaah menteri berfungsi agak lemah untuk menolak kedinamikan dan kekesanan MAGERAN yang padat dan tidak ‘bloated’,” ujarnya lagi.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here