8,344 pesakit Covid-19 sembuh, paling tinggi sejak pandemik melanda

0
1

Sebanyak 8,344 kes Covid-19 sembuh direkodkan hari ini, paling tinggi pernah dilaporkan sejak wabak itu melanda negara awal tahun lalu.

Menerusi infografik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini sebanyak 572,113.

Jumlah kes aktif Covid-19 pula sebanyak 76,247 kes termasuk 5,793 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif 652,204 kes keseluruhan jangkitan wabak itu.

Sementara itu, jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 3,844 kes susulan 76 kematian direkodkan hari ini.

Seramai 914 pesakit Covid-19 sedang dirawat Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 459 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here