Kerajaan mungkin tetapkan harga siling minyak masak 5kg

0
1

KERAJAAN mungkin akan menetapkan harga siling minyak masak lima kilogram (5kg) berikutan peningkatan mendadak harga keperluan asas berkenaan ketika ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, berkatakeputusan tersebut bagaimanapun bergantung kepada hasil mesyuarat bersama dua kementerian lain Rabu depan.

Beliau berkata, pihaknya juga akan membawa hasil perbincangan bersama syarikat pengeluar minyak masak 5kg yang telah dilakukan sebelum ini.

“Mesyuarat itu akan melibatkan KPDNHEP, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Kementerian Kewangan.

“Selepas mesyuarat itu, kita akan buat keputusan sama ada untuk meletakkan harga siling terhadap minyak masak 5kg atau sebaliknya” katanya selepas membuat tinjauan di sebuah pasar raya di Sabak Bernam, hari ini.

Datuk Rosol Wahid membuat tinjauan di sebuah pasar raya di Sabak Bernam

Media sebelum ini melaporkan, kerajaan tidak mengawal harga minyak masak lima kilogram walaupun harga minyak sawit mentah naik sehingga lebih RM4,300 metrik tan.

KPDNHEP memaklumkan kerajaan hanya memberi subsidi kepada minyak masak dalam pek polibeg satu kilogram (1kg) dengan harga jualan RM2.50.

Sementara itu, Rosol berkata,KPDNHEP memberi jaminan minyak masak pek polibeg mencukupi di pasaran selain meminta orang ramai tidak bimbang dengan bekalan bahan itu. – Malaysiapost

Sebelum ini, banyak pihak meminta kerajaan menetapkan harga siling minyak masak 5kg untuk memastikan tiada pihak cuba mengambil kesempatan menaikkan harga keperluan asas berkenaan.

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/06/09/ikhlas-saran-kerajaan-tetapkan-harga-siling-minyak-masak-botol/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here