Syarat ketat kemasukan pengembara ke Labuan dilanjut hingga 30 Jun

0
1

SYARAT lebih ketat dikenakan kepada pengembara yang ingin masuk ke Labuan bagi membendung peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 di pulau itu dilanjutkan sehingga 30 Jun ini.

Sebelum ini kerajaan bersetuju mengenakan beberapa sekatan tambahan bagi kemasukan pengembara ke Labuan, bermula 27 Mei hingga 9 Jun.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan pelanjutan sekatan itu dibuat selepas mengambil kira situasi terkini Covid-19 ketika ini di Labuan.

Labuan hari ini merekodkan 106 lagi kes baharu Covid-19.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan sekatan tambahan bagi pengembara ke Labuan iaitu wajib menjalani ujian RT PCR Covid-19 tiga hari sebelum memasuki pulau tersebut.

Selain itu kuarantin wajib dikenakan kepada pengembara mengikut tiga kategori:

  • Kuarantin 10 hari di rumah bagi penduduk asal Labuan
  • Kuarantin 10 hari di rumah/hotel bagi penjawat awam
  • Kuarantin 14 hari di hotel bagi pelawat asing dari luar negara

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here