7,325 kes sembuh, atasi jumlah jangkitan harian baharu

0
1

KES sembuh Covid-19 hari ini mencatatkan jumlah 7,325 sekali gus mengatasi catatan jangkitan harian baharu iaitu 5,671.

Menerusi infografik dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), jumlah keseluruhan kes sembuh setakat ini 556,030.

Jumlah kes aktif Covid-19 pula adalah 79,848 di seluruh negara dan sehingga hari ini terdapat 639,562 kes yang dikesan sejak wabak itu melanda Malaysia.

Kes kematian baharu akibat Covid-19 yang direkodkan hari ini pula 73 kes, menjadikan kumulatif kematian adalah 3,684 kes.

Sementara, pesakit Covid-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 911 kes dengan 462 kes memerlukan bantuan alat pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here