75 kilang dikompaun, 59 diarah tutup sejak 1 Jun – Ismail Sabri

0
1

KERAJAAN telah meningkatkan operasi pemantauan dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak khususnya pemain industri dan perkilangan yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah diwartakan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia merupakan usaha memastikan semua pihak terutama pemain industri dan perkilangan mematuhi SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Langkah ini dikuatkuasakan susulan kerajaan menerima banyak aduan berkaitan industri dan premis perniagaan yang tiada dalam senarai perkhidmatan perlu beroperasi sepanjang pelaksanaan PKP ketika ini.

“Sejak 1 sehingga 9 Jun 2021, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan pemeriksaan ke atas 268 kilang bagi
memastikan tiada pelanggaran SOP.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 75 kilang dikenakan kompaun manakala 59 lagi diarahkan tutup,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here