Sultan Johor kesal poster lama diputar belit

0
2

SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kesal dengan penularan sebuah poster lama mengaitkan dirinya dengan Datuk Seri Najib Razak yang telah diputar belit

Menurut baginda, titahnya supaya peluang diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu yang digunakan poster terbabit dipetik dalam temubual bersama akhbar The Star, disiarkan pada 27 Disember 2015.

Titahnya, kenyataannya itu berkaitan situasi pentadbiran negara pada waktu berkenaan dan tidak boleh diguna pakai dalam keadaan negara pada waktu kini.

Baginda kesal dengan penularan poster itu pada ketika ini yang berniat jahat dan jelas ingin mengheret Institusi Diraja Johor ke dalam isu-isu politik semasa negara.

“Saya sedar kedudukan saya sebagai seorang Sultan bermaksud saya tidak berpihak kepada mana-mana parti mahupun ahli politik.

“Sebagai Raja Berperlembagaan saya tidak mencampuri mana-mana parti atau perikatan politik yang telah dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.

“Ketika Johor melantik tiga Menteri Besar dalam tempoh dua tahun (2018-2020), saya telah menerima keputusan kerajaan berkenaan dan memberikan kerjasama kepada mereka semua,” titahnya dalam satu kenyataan media di laman rasmi Facebooknya hari ini.

Baginda bertitah, kepentingan dan kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaannya dan Institusi Diraja Johor, tidak kira siapa pun yang memegang tampuk pentadbiran kerajaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here