
KADAR kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian pada hari ini untuk seluruh negara menurun lagi kepada 0.94.
Berdasarkan data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebooknya, Labuan mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.26, diikuti Negeri Sembilan pada kadar 1.12.
Sabah pula mencatatkan kebolehjangkitan pada kadar 1.10, Melaka pada kadar 1.02, manakala Kuala Lumpur dan Sarawak pada kadar kebolehjangkitan yang sama iaitu 1.01.
Kadar kebolehjangkitan wabak Covid-19 di Selangor dan Pahang adalah 1.00 diikuti Perak 0.99 serta Johor pada kadar 0.98.
Turut merekodkan kadar kebolehjangkitan di bawah paras 1.0 adalah Putrajaya dan Terengganu dengan 0.95, manakala Pulau Pinang berada pada kadar 0.92.
Perlis berada pada kadar 0.89 dan Kedah pula pada kadar paling rendah iaitu 0.87. – Malaysiapost
