Surat Akuan Berkanun: Umno Terengganu nafi terlibat

0
1

UMNO Terengganu menafikan terlibat dalam satu salinan Surat Akuan Berkanun yang didakwa bertujuan menjatuhkan Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Menteri Besar yang sedang ditularkan di media sosial.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku menegaskan parti itu tidak terlibat langsung dalam pergolakan tersebut, jika ia suatu perkara yang benar.

“Apatah lagi sekiranya perkara ini hanyalah satu provokasi politik semata-mata.

“Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno sama sekali tidak terlibat dalam gerakan ini, sekiranya perkara ini benar-benar sedang berlaku.

“Jika isu ini benar ia adalah semata-semata perkara dalam rumah tangga PAS Terengganu sendiri yang tiada kaitan dengan Umno sama sekali,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap kenyataan tersebut menjelaskan kedudukan Umno khususnya semua Adun parti itu yang sama sekali tidak terlibat dalam gerakan menjatuhkan hmad Samsuri.

Sebuah portal berita pro Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini melaporkan satu borang Surat Akuan Berkanun sudah disediakan untuk membolehkan Adun Terengganu menandatanganinya bagi menyatakan kesediaan mereka menolak Ahmad Samsuri sebagai menteri besar.
Menurut portal tersebut, borang berkenaan didakwa disediakan untuk Adun kedua-dua parti sama ada dari PAS yang mempunyai 22 Adun atau Umno yang mempunyai 10.

Menurut borang itu, bermula Mac 2020 sehingga Jun 2021 dan juga berdasarkan keadaan politik terkini Terengganu, berlakunya beberapa insiden ketidakpercayaan terhadap kepimpinan menteri besar yang sedia ada.

Terdahulu, sebuah portal berita lain melaporkan laporan isu melibatkan Ahmad Samsuri kini genting sehingga istana hampir menarik balik gelaran Datuk Seri disandangnya. – Malaysiapost

Foto Kredit: Wikipedia & Malaysia Dateline

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here